LEKIRLINK.BLOGSPOT.COM
Saturday, September 18, 2010
Wednesday, September 8, 2010
UCAPAN AIDILFITRI DATO' SERI IR HJ NIZAR (EDITED)
EDITED VERSION by Madzamtoklah Madzam
Nota : Tq kpd editor yg menceriakan rakaman ini.

Sumber : Otai Manjung
VIDEO by warga Otai Manjung
Nota : Tq kpd editor yg menceriakan rakaman ini.
KAD UCAPAN RAYA DS NIZAR


UCAPAN AIDILFITRI 1ST ADMIRAL (R) HJ IMRAN TLDM
Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Hj Abd Hamid TLDM, adalah ketua PAS cawangan Sitiawan Barat, Sitiawan, Perak. Beliau bersara dari TLDM iaitu pada 1 April 2010 yang lalu. Sumber selanjutnya di : Bakal Calon Pakatan Rakyat N52 DUN Pangkor
Bakal Calon ADUN Pangkor yang menggegarkan MB Mahkamah, DS Zambry. Kehadirannya menyentap dan menggusarkan pihak lawan, berbagai tekanan dan sekatan cuba dilakukan, namun Panglima tetap dgn perjuangannya. Dulu Yang Menurut Perintah, Kini Yang Menurut PerintahNYA.
Nota : Sekalung tahniah buat PAS Lumut di bawah YDP Hj Noh Ahmad yg membuka ruang kepada non-parti memberi pandangan utk sama-sama mendokong wadah perjuang ini di sekitar Manjung dan memperlihatkan golongan profesional turut serta dalam jemaahnya. Usaha orang terdahulu kini diamanahkan kpd generasi seterusnya.
Sumber : Otai Manjung Blog
Pancing di Pulau Sembilan & Pulau Besar, Perak
Wednesday, August 11, 2010
Friday, August 6, 2010
Thursday, July 22, 2010
SWISS GARDEN...SIAKAP SESAJE....
.jpg)
SIAKAP BRO!!!
Bukan nak sembang kosong la bro...Lu orang boleh tengok sendiri.Bila sebut je pasal ikan siakap,siapa yang tak tahu.Ikan yang akan melompat bila mengena pancing.Fuhh...memang geram.Ikan ini boleh di pancing dengan teknik poping atau mengunakan pelampong.Umpan yang sesuai untuk memancing ikan ini ialah udang hidup atau anak gelama.Inilah gambar gua yang dapat gua tunjuk kat lu orang.Pasti ada yang jeles kan???Ni gambar gua dekat Swiss Garden segari.Memang port menarik yang selalu gua kunjungi.Ramai kawan-kawan gua yang datang ke sini mendapat habuan masing-masing.Siakap adalah buruan utama kami.Sampai bedesing mesin pancing kami dikerjakan.Memang best bro...(Kakipancing_lekir)
Bukan nak sembang kosong la bro...Lu orang boleh tengok sendiri.Bila sebut je pasal ikan siakap,siapa yang tak tahu.Ikan yang akan melompat bila mengena pancing.Fuhh...memang geram.Ikan ini boleh di pancing dengan teknik poping atau mengunakan pelampong.Umpan yang sesuai untuk memancing ikan ini ialah udang hidup atau anak gelama.Inilah gambar gua yang dapat gua tunjuk kat lu orang.Pasti ada yang jeles kan???Ni gambar gua dekat Swiss Garden segari.Memang port menarik yang selalu gua kunjungi.Ramai kawan-kawan gua yang datang ke sini mendapat habuan masing-masing.Siakap adalah buruan utama kami.Sampai bedesing mesin pancing kami dikerjakan.Memang best bro...(Kakipancing_lekir)
POWER PLAN TELUK RIBIAH
Ada bran!!!Sila lihat video ini...
Inilah antara serba sedikit aksi memancing yang dapat kami rakamkan untuk paparan anda.Power plan adalah antara salah satu port memancing yang selalu kami kunjungi.Apa lagi,jom mancing!!!
Tuesday, July 20, 2010
CINTAILAH ALAM SEKITAR...

Ungkapan yang biasa didengar, tetapi tidak dipratikkan. Untuk pengetahuan umum kampung lekir adalah sebuah kampung yang kaya dengan hasil pertanian. Perkataan lekir juga adalah berasal dari pokok lekir yang dahulunya banyak di kawasan kampung ini. Persoalannya, bagaimanakah kawasan pertanian boleh dijadikan tempat perindustrian. Mari kita terjah...
Kilang YTY yang terletak di Bt 10 lekir. Produk yang dikeluarkan adalah sarung tangan medical yang diperbuat daripada getah dan campuran bahan kimia. We difahamkan kilang ini semakin membesar. Kerja kerja penambahan sedang dilakukan. Wah!!! Kaya!!! Kaya!!! Kaya!!!. Nampak gayanya bertambahlah peluang perkerjaan, warga asing pun bertambah, dan bahan sisa tosik pun akan bertambah. Mana nak campak sisa-sisa toksik tu? We harap Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau supaya tidak berlakunya pembuangan sisa tosik yang tidak mengikut spesifikasi. Selamatkanlah kampung lekir...
3 hari 2 malam @ 3 malam tiada bintang
Kepada kaki pancing kini anda boleh melepaskan gian anda ditengah lautan dalam dengan menyewakan bot ini..yang berminat bolehlah membuat pendaftaran menjadi ahli bagi untuk mendapat diskaun untuk sesi seterusnya kelak...ok...ROGER......................lekirmai.blogspot.com
Friday, July 16, 2010
Wednesday, July 14, 2010
Kaki Pancing_LEKIR...



- Kaki Pancing,itu lah nama sinonim yang selalu di dengar bagi si pemancing tegar,tak kira apa juga peringkat umur.Kami dari blogger lekirlink dan lekirmai juga tidak ketinggalan turutserta menyertai aktiviti ini.Inilah salah satu hobi pemuda lekir yang masih kekal hingga ke hari ini untuk mengisi masa yang terluang.Antara tempat memancing yang popular dan menjadi tumpuan si pemancing ialah Pulau Sembilan dan Pulau Temorak.Berbagai jenis spesis ikan yang ada di pulau ini seperti Ikan Ebek dan GT atau nama panggilannya Gerpoh.Bagi si pemancing yang gemar mengunakan teknik memancing diatas permukaan air atau poping,ikan spesis ini adalah menjadi buruan utama si pemancing.Bagi pengemar sotong pula mereka lebih gemar mencadat sotong di Pulau Pangkor.Ramai pemacing luar yang datang ke pulau-pulau ini untuk memancing sehingga beberapa hari diatas bot tanpa menghiraukan hujan atau panas.Ada juga yang sanggup menahan mabuk laut untuk melepaskan gian mereka.Itulah cerita serba sedikit tentang aktiviti kaki pancing lekir yang kami paparkan.Banyak lagi cerita dan pengalaman menarik yang ingin kami kongsikan bersama anda.Kongsikan cerita dan artikel hebat anda bersama kami....
Tuesday, July 13, 2010
TERIMA KASIH LEKIRLINK BLOGSPOT

Terima Kasih kepada webmaster LEKIRLINK, Brader Bard menjemput gua untuk menulis di dalam blog ini. Semoga blog ini bakal memeriahkan lagi dunia blogger sekitar manjung dan dimanfaatkan sepenuhnya.
Tahniah dan Teruskan berbicara utk tatapan pembaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)